Selasa, April 24, 2012

Sependapat



 
 
Hargailah Tanah!


Melihat kawasan sekitar rumah yang penuh semak samun, hati aku mulai naik semak. Tanah luas camni layak untuk jadi semak samun ja? Orang lain bermati-matian nak dapatkan tanah. Orang lain berebut-rebut nak buat rumah sampai terpaksa duduk atas tanah rizab. Sedangkan waris tanah pusaka sekadar membiarkan tanah kosong tanpa dimanfaatkan sebaik-baiknya.



Aku tak boleh duduk diam tengok saja. Aku mesti lakukan sesuatu. Aku mesti usahakan tanah ni dengan tulang empat kerat sedaya mampu. Tapi….aku nak tanam apa?



Dalam fikiran aku terfikir untuk tanam pisang, ubi kayu, nenas, betik, kelapa dan nangka. Lalu aku membuat sedikit research berkenaan potensi tanaman-tanaman di atas.


Pisang….


Buah boleh dijual atau dimakan sendiri. Yang buruk boleh bagi kat ayam atau buat EM. Jantung pisang boleh dibuat ulam. Umbut pisang boleh dimasak gulai, laris terutamanya bulan puasa dan majlis kenduri. Batang pisang boleh bagi kat ayam piru dan angsa. Daun pisang jual dekat tauke nasi lemak, pulut udang dan lepat. Pucuk pisang tolak kat peniaga lemang. Cuba fikirkan…daripada sebatang pokok pisang, semuanya berguna.

Pokok pisang ni tanam sekali ja. 6 bulan dah boleh keluar buah. Pastu pulak keluar anak pisang tak renti-renti. Kalau dah banyak sangat boleh korek pindah tanam kat kawasan lain. Macam tulah putaran kehidupan pisang dan keturunannya. Tanam sekali, tapi hasil boleh makan berkali-kali.

Pisang ni banyak jenis dan banyak kegunaannya. Ingat tak cerita Singapura dilanggar todak? Batang pisang telah habis digunakan untuk menjadi benteng daripada diserang todak. Mesti waktu tu tauke pisang semua jadi kaya sebab batang pisang laku bak goreng pisang panas kan? Dongeng, mitos dan legenda.


Baik, aku bukan nak cerita pasal hikayat penglipurlara purba kala tu. Aku just nak citer tentang pisang apa yang aku nak tanam. Daripada kajian, aku mendapati bahawa jenis pisang apa yang nak ditanam tertakluk kepada siapa yang aku nak jual pisang tu.

Pisang nangka..sesuai untuk dibuat kerepek. Maka target market aku tentulah pengusaha-pengusaha kerepek. Kalau aku nak jual kepada penjual pisang goreng, aku kena tanam pisang awak atau pisang raja.


Tapi, orang cakap, pisang yang paling top marvellous tahap cipan sekarang ni adalah pisang berangan yang sedap dimakan begitu saja. Daripada kajian aku pun, memang ramai pengusaha yang menanam pisang berangan. Penghasilan benih pun dibuat menggunakan kaedah tissue culture. Katanya, buah nanti lebih berkualiti dan berkuantiti.



Untuk tanaman-tanaman lain tu, nantilah next posting story.




Sabtu, April 07, 2012

Tercapai Salah 1 Impian 2012



 
Rangka blue steel

Bumbung genting

Tiang bulat 6 batang

Siap sepenuhnya... 4 buah kereta masuk  tunggu cat pulak

Khamis, Mac 29, 2012




 
Salam Takzim.Dijemput hadir ke Majlis Taklim dan zikir al-baith Balawi bertempat di Masjid Kg.Kuala Tekal,Temerloh Pahang.Sempena Hari Hol memperingati ulamak Habaib kali ke 15.

Tarikh : 31 Mac 20

Hari     :Sabtu

Pukul  : 5.00 petang


Penceramah  : Ulamak dari Yaman dll.

Selasa, Mac 20, 2012

Mencari Koleksi Barang Lama

Cari barang-barang lama untuk penuhkan ruangan galeri sejarah di sekolah.Kawan ana ni peminat dan pengumpul barangan lama yang ada berusia lebih daripada 100 tahun.Dalam sibuk membelek barangan tersebut,beliau pula lebih berminat buat tayangan ayam hutan ori untuk promosi jualan.Yg barangan lama tu nak pinjam x boleh..tp jual boleh.Kempunan lah ana sebab dapat ambil gambar2 saja.





 




Ahad, Januari 22, 2012

Air Terjun bikin sendiri




 
Selamat Tahun Baru 2012.Blog dah kena blok selama 2 bulan.
Bila dah dapat buka semula 5 Mac 2012,begini face nya.

Jumaat, Disember 02, 2011

Dapat Anak Saudara Baru





















Alhamdulillah adik ana yg bongsu selamat melahirkan anak ke 2 di Hospital JB.Semoga sihat berkekalan & dengarnya kembali tak tidur malam sbb asyik kena bangun nak buat susu.Sudah diberi nama....Sharifah Soffiyah bt.Syed Salleh

Selasa, Oktober 04, 2011

Pulang ke Mukalla Hadhramaut Yaman



























Malam perpisahan bersama ami Ali & Fuad.Sempat juga suruh tanam pokok bunga raya sbg kenangan.Entah bila lagi boleh dtg ke Malaysia.Apatah lagi suasana Yaman sdg "bergolak "saat cerita ini ditulis.
Malam2 pun tengok atas meja ada hidangan nasi beriani kegemaran mereka ketika makan malam di rumah Umi Zainab. Insyaallah jika ada kelapangan masa,kesihatan diri,kewangan mengizinkan kami sekeluarga akan menziarahi anta di Yaman.