Ahad, Februari 08, 2009

Tips Kesihatan





MANDI

Mandi yang betul dan berkualiti (untuk kesegaran & kesihatan) ialah mandi sebelum Subuh atau sejam sebelum matahari naik. Air waktu ni paling ideal untuk kurangkan lemak yang berkumpul dalam badan

TAFAKUR

Selepas solat Subuh dan baca doa, sujudlah barang seminit dua sambil membaca doa. Khasiat tafakur begini dapat elakkan kita dari sakit pening/ migrain. Dalam kajian sains, sujud dapat mengalirkan darah ke seluruh saluran darah di kepala kerana beberapa milimeter ruang udara di situ tidak dipenuhi darah.

JILAT JARI SELEPAS MAKAN

Makan dengan tangan dan menggunakan tangan kanan adalah sunnah Baginda s.a.w. Selepas makan, elok menjilat hujung2 jari. Kajian sains menunjukkan terdapat banyak enzim terhasil dari celahan antara kuku dan isi kita, iaitu 10 kali ganda daripada yang terdapat dalam air liur. Enzim penting untuk bantu mencernakan makanan.

TIDAK MENCAMPURKAN MAKANAN DARAT DENGAN MAKANAN LAUT

Rasulullah s.a.w menegah kita makan ikan bersama susu kerana dibimbangi mendapat penyakit. Saintis menemukan bukti bahawa badan ayam mengandungi ion positif manakala ikan mengandungi ion negatif, jika bercampuran dalam satu makanan boleh menyebabkan tindak balas biokimia yang merosakkan usus kita.

SUNNAH MAKAN BAGINDA

1. Makan buah sebelum makan berat

2. Tidur satu jam selepas makan tengah hari

MINUM CARA RASULULLAH S.A.W

Rasulullah s.aw mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi iaitu air yang disimpan semalaman . Bukan air sejuk tapi sejuk suhu bilik yakni sejuk semulajadi.

Rasulullah saw juga menyukai minuman sejuk yang bercampur madu untuk kesihatan. Baginda melakukannya sebelum makan apa-apa di waktu pagi. Ia boleh menghilangkan

1. Kahak / lendir

2. Mencuci perut

3. membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut dan menolaknya ke usus besar

4. menghilangkan senak perut dan sendu

5. memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati

Sayidatina Aisyah r.a meriwayatkan : "Antara banyak2 minuman, Rasulullah saw menggemari minuman manis dan sejuk iaitu air campuran madu atau nabiz (rendaman tamar)

ELAKKAN KOMBINASI BERIKUT

1. SUSU + DAGING

2. AYAM + SUSU

3. IKAN+TELUR

4. IKAN+DAUN SALAD

Ahad, Februari 01, 2009

Hadith(hadis)


Jenis Hadis
Hadis Mutawatir
Hadis Sahih
Hadis Hasan
Hadis Dha'if
Hadis Maudhuk
Hadis Ahad
Kedudukan Hadis di dalam Islam
Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaatan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti ;
Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)

Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al Hasyr : ayat 7)
Disebut hadis sbg:
- Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
-Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
-Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih.
-Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.

Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.
Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah saw itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.