Ahad, Februari 03, 2013

Kami Rancang Melancong Lagi?


Peluang melancong ke 31 destinasi menarik

 "Anda tidak percaya? Kenapa tidak? Percayalah. Kerana anda berpeluang melancong ke pelbagai destinasi menarik di dunia dengan harga yang murah dan perkhidmatan yang berkualiti, bertemakan musim bunga yang indah."

Itulah 'tagline' POTO Travel, syarikat 100 peratus milik Bumiputera yang beroperasi sejak 10 tahun sempena pelancaran Pakej Melancong Bonanza 2, POTO 2013.
Pakej melancong Bonanza cara terbaik untuk menghargai pelanggan setia Poto Travel dengan tawaran harga murah dan berkualiti.
Ia bertemakan, 'Melancong di Musim Bunga Yang Indah' ke pelbagai lokasi yang menarik di serata dunia.


Dari musim sejuk kepada musim bunga dengan suhu kira-kira 10 hingga 20 darjah celsius, saat itu bunga-bunga mula berkembang dan kebanyakan daerah, kawasan dan ladang meriah dengan pelbagai jenis bunga seperti magnolia, tulip, sakura, lavender dan lain-lain.

Sebanyak 31 destinasi pelancongan yang dijadual akan dilawati antaranya Turki, Eropah Timur dan Barat, Sepanyol, Morocco, Itali, China, New Zealand, Indonesia, Korea, India, Vietnam dan Amerika Syarikat.

Bagi yang merancang untuk berkunjung ke salah satu daripada 31 destinasi itu, tempahan tiket berakhir pada 28 Februari ini.

Penerbangan pertama pula bermula pada 1 April dengan destinasi pertama ke Turki dan berakhir pada 30 Mei, ke Johor-Singapura.

Harga pakej yang paling murah pula bermula daripada RM799 ke Singapura selama 3 hari 2 malam, RM1,399 ke Jakarta-Bandung selama 4 hari 3 malam.
Walaupun dengan harga murah, kualiti perkhidmatan yang diberikan terbaik.
Selain itu, khas untuk warga emas, dengan bertemakan slogan, 'Anda Disayangi, Anda Dihormati', Poto Travel turut menawarkan harga yang lebih istimewa dan lebih murah.

Layari laman web www.pototravel.com.my untuk maklumat lanjut.



Tiada ulasan: