Malam 31 Ogos aku dan keluarga ke Shah Alam utk meraikan perkahwinan anak sulung abg ipar.Dlm perjalanan H.way Seremban hampir 10 kemalangan j.raya kami saksikan melibatkan pelbagai jenis kenderaan .Jangkaan utk tiba dan berkumpul di masjid negeri tertunda kr kesesakan jalanraya yg sangat teruk.Sehinggakan pernah satu ketika di atas jejambat jalan ke arah bulatan Persimpangan Kayangan dr azan maghrib berkumandang sampai ke azan isyak kami masih tidak dapat bergerak ke mana-mana.
Setibanya di masid negeri rupanya semua kumpulan keluarga yg lain belum tiba disebabkan factor yg sama.Anakku merungut mcmanalah org boleh tinggal lama di "KL" ni.Alhamdulillah slps aku solat isyak dan jamak maghrib di Masjid Negeri aku buat solat hajat agar dipermudahkan lagi perjalanan kami.Tiba di ruang rumah pengantin perempuan aku terus diberi ruang dan peluang utk membacakan "doa selamat".Itulah dia pengalaman manis jika niat kita ikhlas.Kemudian aku disuruh jadi saksi pihak pengantin lelaki pulak.....
Selepas majlis habis ,kami ke Klang meninjau kalau2 ada hotel budget yg masih kosong...Alhamdulillah di Jalan Meru 1st Inn ada bilik utk disewa,spt biasalah aku hanya melayari wifi free sbb payah nak melelapkan mata di tempt baru .Pagi nt nak ronda2 klang beraya rumah sahabat lama dan alam suasana Klang yg telah lama aku tinggalkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan