Isnin, Mei 26, 2008

Konvoi Berbasikal * Camping


Dr 24-26 Mei aku terlibat sebg j.foto&banner.Kena membonceng motosikal ala stunt pandang arah belakang utk buat rakaman.Kemudian 3 hari duduk berkhemah di kaki Bukit Serakek Buloh Kasap.Seronoknya...mcm2 aktiviti dirasai bersama namun yg penting badan & minda sihat... Ini antara foto2 yg jadi memori...ada byk lagi tp next episode.

Sabtu, Mei 17, 2008

Penangan Blog


MAJALAH Time mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda menguasai era maklumat. Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui. Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.

Blog media baru berpengaruhKIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.
Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik. Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998. Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.
Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun. Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.
Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri. Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis. Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web. Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya. Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka. Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan. Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah. Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang. Blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing. Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog. “Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya. Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan. Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin. Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar. Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua. Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka. Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan. Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan. Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka. Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama. Mungkin menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara satu cara tetapi masih juga bukan jalan penyelesaian.

Oleh Ziauddin Sharuddinzia

Jumaat, Mei 16, 2008


Selamat Hari Guru


Hari ini 16 Mei spt biasa setiap tahun diraikan oleh negara kita bg meraikan sumbangan para pendidik kpd anak didik masing2.Jam 4.45 pagi aku dah dpt sms dr Yop (penghulu KSPK ippm 07).Amboi semangat Yop wp dengar kata nak resign sbb jarak & perjalanan ke sek baru cukup mendukacitakan beliau.

Pertama kali meraikan Hari guru di sek baru. dgn azam baru tugas pun baru.

Jumaat, Mei 09, 2008

Konvo Lagi




Foto2 gambarkan suasana lebih dr perkataan yg tak terucap dgn kata2

Sabtu, Mei 03, 2008

Petikan Cari Kawan Di Hujung Jari

PERJALANAN kehidupan sering membawa seseorang ke arah dan haluan berbeza. Secara tidak langsung, ia turut menjarakkan sesebuah jalinan persahabatan.Setiap individu yang muncul dalam kehidupan seseorang sebenarnya memberi sumbangan dalam kisah kehidupan mereka. Ada di antaranya memainkan peranan yang besar serta meninggalkan kesan mendalam dalam ingatan.
Apabila sesebuah persahabatan terlerai kerana masing-masing mengharungi jalan hidup berlainan yang sudah 'dicaturkan' buat mereka, jarang sekali jalinan persahabatan itu dapat bercantum semula, apatah lagi jika perpisahan berkenaan meniti jarak waktu yang panjang.Ambil masa sejenak dan imbas semula zaman persekolahan anda. Berapa ramai rakan yang muncul di ingatan anda dan berapa ramai pula yang masih berhubungan dengan anda. Tidak begitu ramai bukan? Kadangkala, apabila kenangan dulu terlintas di fikiran, timbul rasa untuk mengetahui apakah khabar rakan lama itu dan apa agaknya yang mereka lakukan ketika ini. Bagi yang 'proaktif', ingatan yang hadir itu tidak dibiarkan berlalu begitu saja tetapi dijadikan penggerak untuk mereka menjejaki semula rakan yang pernah mengharungi suka duka bersama-sama mereka suatu ketika dulu.

Ketika penggunaan telefon bimbit belum meluas dan sebelum wujud internet berserta pelbagai kemudahan berupa laman sembang dan juga jaringan sosial di dalamnya, ramai yang merasakan sukar untuk mereka mengekalkan sesebuah ikatan persahabatan. Tamat persekolahan, hanya maklumat seperti alamat dan nombor telefon kediaman biasanya yang boleh diharapkan tapi bila jarang berhubung dan ada pula di antara rakan yang sudah berpindah ke tempat lain, persahabatan yang ada boleh terputus begitu saja. Karier, komitmen sosial dan keluarga adalah antara faktor yang selalunya membuatkan sesebuah jalinan persahabatan terputus.

Matlamat menjejak semula rakan lama biasanya subjektif. Sesetengah orang ingin menyambung semula hubungan persahabatan yang pernah terpisah, ada pula yang mahu mengimbas kisah menarik yang pernah dilalui bersama dan tidak kurang juga yang terdorong oleh rasa rindu selepas sekian lama tidak berjumpa. Bagi anda yang berhasrat untuk menjejak semula rakan lama, internet boleh dijadikan saluran untuk anda merealisasikannya.