Rabu, April 23, 2008

Menulis Masa Terluang


PUISI Akhir zaman
Anda disuruh menyembunyikan kebaikan,
juga jangan menyebut-nyebutnya,
apatah lagi minta dibalas.
Di akhir zaman ini
kebaikan dijadikan publisiti,
kebaikan disebut-sebut,
minta dibalas budi,
tanda buat kebaikan untuk diri,
bukan untuk Rabbul Izzati.

Di akhir zaman orang yang melaksanakan
kebenaran akan tersisih dan tersingkir.
Orang yang melaksanakan kepalsuan atau
kebatilan akan tertonjol dan mendapat kedudukan.

Lumrah berlaku di akhir zaman ini,
para ulama lebih menyenangi
kalau orang politik diikuti orang
daripada salah seorang mereka diikuti orang.

Yang mengelirukan orang awam di akhir zaman ini,
ialah hampir semua golongan menyebut Islam.
Orang munafik yang jahil tentang Islam pun
menyampaikan Islam.
Yang dasar perjuangannya tidak mengikut Islam
pun memperkatakan Islam.
Orang kafir pun mengajarkan Islam.

Di akhir zaman
kemiskinan lebih banyak disebut daripada azab neraka,
kecemerlangan lebih banyak disebut drp nikmat syurga

Taat dengan pemerintah lebih banyak dikata
daripada taatkan Allah dan Rasul.
Masa tua lebih diambil berat,
daripada masa selepas mati.
Bersungguh-sungguh belajar lebih ditekankan
daripada bersungguh-sungguh bersembahyang.

Di dalam Islam disuruh korbankan harta, jawatan,
tenaga, nyawa untuk mendapatkan iman.
Zaman sekarang kebanyakan umat Islam
korbankan iman mendapatkan harta,
jawatan dan mempertahankan nyawa.

Zaman sekarang, iman, Islam, akhirat,
sebagai penyedap cakap sahaja,
bukan satu keyakinan
dan matlamat hidup yang dibanggakan.
Justeru itulah ia diperkatakan sambil lewa

Di akhir zaman kebaikan pemimpin atau
orang besar nampak lahirnya
di muka orang ramai dimuliakan
tapi di belakang mereka dihinakan
kerana mereka tidak di hati orang ramai.

Di akhir zaman kebanyakan pemimpin berpura-pura
di hadapan rakyat,
rakyat juga berpura-pura di hadapan mereka.
Pemimpin berpura-pura takut tak dapat sokongan,
bertambah berpura-pura tak dapat pertolongan.
Jadi pemimpin dengan yang dipimpin
sama-sama takut,
ertinya bangsa yang takut sesama sendiri.

Di akhir zaman ini banyak perkara pelik-pelik,
Di dalam Islam seorang wira itu ialah kerana
kuat melawan nafsu, dia menjadi seorang
yang berakhlak tinggi tapi orang tidak perduli.

Di akhir zaman para-para ulama,
mereka tidak mempunyai orang,
tapi mereka telah dipunyai orang.
Terpaksalah banyak bertolak ansur
di segi fatwa dan tindakan.

Di akhir zaman kebanyakan alim ulama
tidak mempunyai pengikut,
justeru mereka telah menjadi
pengikut dan pak turut.

Kebanyakan ulama di akhir zaman
tidak mempunyai pengikut,
oleh itu kalau ada satu dua
di kalangan mereka mempunyai pengikut
akan kedengaran tuduhan daripada mereka,
jangan fanatik kepada ulama dan pemimpin.
Yang sebenarnya kata-kata itu
Untuk melindungi kelemahan mereka,
yang sudah tidak diikuti lagi oleh orang ramai.

Di akhir zaman para ulama tidak membuat
dan menentukan dasar,
tapi mengiakan pembuat-pembuat dasar.

Majoriti ahli-ahli perniagaan
terutama golongan bawahan
dan golongan pertengahan,
bukan yang berkelulusan di bidang ekonomi.
Ada kalanya orang yang berkelulusan ekonomi,
tidak minat pula hendak berniaga.

Di akhir zaman, perpecahan, pergaduhan,
pembunuhan dan peperangan

Perpecahan di kalangan orang-orang politik
lebih hebat daripada perpecahan di kalangan
golongan-golongan lain.

Perpecahan umat yang berlaku di akhir zaman,
lebih banyak berpunca daripada fahaman politik

Di akhir zaman kaum wanita Islam
rasa rendah diri (Inferiority complex)
kalau tidak makan gaji atau mencari wang.

Di akhir zaman,
kebanyakan umat Islam, takut dan susah hati,
kalau ada orang Islam miskin,
daripada ada orang Islam yang tidak sembahyang.

Di akhir zaman umat Islam lebih kenal pemimpin
daripada mengenal Tuhan dan Rasul-Nya.

Lumrah berlaku di akhir zaman ini,
di dalam satu parti, tidak sehaluan,
di dalam satu organisasi, tidak sejalan,
di dalam satu masyarakat, tidak sepakat,
di dalam satu kampung, macam hidup seorang,
di dalam satu masjid,
hanya berkenalan tidak berkawan,
di dalam satu pejabat, hanya berpandangan
tidak satu ikatan,
di dalam satu rumah, hanya terpaksa tidak sejiwa.

Di akhir zaman, lumrah berlaku,
guru dengan murid,
pemimpin dengan pengikut,
kawan dengan kawan,
isteri dengan suami,
bos pejabat dengan orang bawahan,
kenalan sesama kampung,
bukan sahaja hilang di mata
tapi hilang di hati
.




Nukilan ubahsuai :sahabatku

Isnin, April 21, 2008


Pengalaman di sek ke 3 aku. Gurunya seramai 43 orang rajin & berdedikasi.Buat aku tambah semangat baru .Wp dah lama mengajar namun setahun tinggalkan sekolah rasa spt "orang baru posting".
"Projek wireless" berjln lancar atas mandat GB .Dapatlah mereka guna internet tanpa wire.Biar lambat asal jgn tak buat langsung.Terima kasih kpd rakan2 KSPK TMK 07 yg byk beri tips , ilmu & perbincangan .Dapatlah aku curahkan pengalaman dr anda semua utk disebarkan ke sek ini.

Kuala Gandah Kg Lanchang Pahang




Semlm aku & keluarga tinjau ke tpt kerja baru adik di PERHILITAN Kg.Gandah Lanchang Pahang.Sangkakan perjalanan biasa rupanya sungguh menakjubkan.Terdpt sebilangan gajah liar sdg berkeliaran disamping beberapa group yg sdg dilatih.Byk pengunjung dr serata tanahair juga pelancong asing.Di sini aku pertontonkan beberapa foto menarik utk dikongsi bersama.
Terdpt hutan yg berusia beribu tahun belum terusik oleh pencemaran manusia & Air Terjun Bkt Rengit yg cukup mempersona bg pencinta alam s/jadi.Elok sesekali bawa kwn@ keluarga bersantai ke sini terutama di musim cuti sek.

Ahad, April 06, 2008

Resort iradee

Hari ini barulah selesai sudah penantian kami sekeluarga dlm proses menyiapkan pengubahsuaian rumah.Walaupun sudah membelanjakan RM30 ribu tapi masih ada sana sini yg akan ditokok tambah mengikut citarasa isteri & anak tunggalku.Tapi bg diriku dah satu kepuasan asal ada tempat letak kereta utk berteduh dari hujan panas serta anjung rumah di tingkat atas tempat utk aku berihat2 sambil membaca/menonton.

Suntingan cerita menarik


'Spiderman' Sebenar
Watak popular dari komik Marvel yang dipindahkan ke layar perak hingga mengaut keuntungan lumayan apabila ditayangkan di seluruh dunia. Alain Robert yang menewaskan lebih 70 struktur gergasi berbekalkan dua belah tangan dan kasut biasa je.
Setiap kali ada bangunan baru mencatat rekod dunia sebagai yang tertinggi dunia, Robert pasti akan turut mencatat sejarah dengan memanjat bangunan itu. Bangunan kebanggaan negara, Menara Berkembar Petronas, tidak terkecuali cuba ditaklukinya.. Dia cuba memanjat bangunan tertinggi di dunia ketika itu hingga tingkat 88, tetapi hanya mampu pergi ke tingkat 60 apabila anggota keselamatan menunggu di situ.
Bagaimanapun, kemahiran dan keberanian Robert diiktiraf apabila dijemput untuk memanjat bangunan seperti Bank Pusat Abu Dhabi setinggi 199 meter pada Februari 2003 dengan disaksikan kira-kira 100,000 penonton. Bangunan Taipei 101 tkt di Taiwan dirasmikan pada 2004, Robert terlebih dulu memanjat dengan kebenaran pihak berkuasa negara itu. Walaupun mempunyai ketinggian 508 meter, ini tidak menjadi masalah kepadanya.
Dia juga menerima bayaran AS$18,000 (RM60,000) sebagai bayaran promosi filem Spiderman untuk rangkaian televisyen Sky Movies dengan memanjat bangunan Lloyd's di London setinggi 95 meter pada Mei 2003. Bagaimanapun wang bukan segala-galanya. Apabila Amerika Syarikat menakluk Iraq, dia memanjat bangunan ibu pejabat syarikat petroleum gergasi Perancis, Total S.A di pinggir Paris untuk membantah tindakan kuasa besar dunia itu.
Bagi orang biasa, Robert boleh dianggap berani dan mungkin juga gila. Bagaimanapun, naluri manusianya menyebabkan dia juga berkahwin dan mempunyai tiga anak. Apabila kudrat manusia tidak lagi mengizinkan, anaknya yang kini turut berlatih bersamanya mungkin akan menjadi penggantinya. FAKTA: Alain Robert
· Dilahirkan di Valence, Drome, Perancis pada 7 Ogos 1962.
· Mula memanjat bangunan pada usia 12 tahun.
· Berjaya memanjat lebih 70 struktur gergasi di seluruh dunia meliputi bangunan dan menara.
· Digelar Spiderman kerana memakai kostum watak popular komik Marvel.
· Sering ditangkap kerana memanjat bangunan tanpa kebenaran, tetapi ini menyebabkannya terkenal.
· Dua kali cuba menawan puncak Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat pada 1997 dan 2007. Hanya berjaya ke tingkat 60.
· Terjatuh dari bangunan sebanyak tujuh kali.
· Mempunyai tiga anak. Mereka juga berminat dan berlatih bersamanya mendaki gunung dan memanjat bangunan.