Jumaat, Januari 01, 2010

Salam Tahun Baru 2010





2009 yang penuh dengan suka duka baru saja berlalu dan 2010 juga akan dipenuhi dengan suka duka baru saja menjelma. Yang telah berlalu tidak akan kembali dan yang akan datang kita belum tahu apa yang akan terjadi. Untuk memikirkan apa yang akan kita lakukan pada masa hadapan adalah sesuatu yang dituntut agar kita selalu dimotivasikan untuk membuat perkara positif yang membawa faedah kepada kita. Tetapi, memikirkan apa yang telah berlalu kemudian terkongkong dengan imaginasinya, maka ia tidak akan membawa kepada sebarang perubahan bahkan ia akan memudaratkan diri sendiri.
Renungkan sejenak cerita yg.ana petik dr keratan akhbar ini.Pada suatu hari Saidina Umar ibn al-Khattab sedang berkumpul dan berbincang dengan sahabatnya. Untuk memecahkan suasana perbincangan beliau berkata: "Berangan-anganlah kamu sekalian. Salah seorang daripada mereka berkata: "Aku berangan-angan seandainya rumah ini dipenuhi oleh emas untuk aku nafkahkannya di jalan Allah." Lalu Umar berkata, "Berangan-anganlah kamu sekalian." Yang lain pula berkata: "Aku berangan-angan sekiranya rumah ini dipenuhi dengan permata agar aku boleh mendermakannya ke jalan Allah dan bersedekah dengannya."
Kemudian Umar berkata lagi: "Berangan-anganlah kamu sekalian." Mereka lalu berkata: "Kami tidak tahu lagi apa yang harus kami katakan wahai Amirul Mukminin." Umar berkata: "Aku justeru berangan-angan seandainya ada orang seperti Abu Ubaidah ibn al-Jarrah, Mu'az ibn Jabal dan Salim Mawla Abu Huzaifah agar aku dapat meninggikan kalimat Allah dengan bantuan mereka." Lain yang dilihat oleh Khalifah Umar, lain pula yang dilihat oleh beberapa orang sahabatnya dan kedua-duanya tidak salah dari sudut pandang Islam. Oleh itu tidak ada acara saling salah-menyalahkan dalam sesi perbincangan itu. Yang ada hanyalah penambahan minda hadirin dengan hujah yang dikemukakan. Saidina Umar tidak melihat kepada kebendaan dalam memajukan dakwah demi peninggian agama Islam, i'la kalimatillah. Yang beliau utamakan ialah sumber manusianya.
Manusia lebih penting daripada benda kerana benda diadakan Allah untuk kepentingan manusia. Kemanfaatan seseorang manusia dilihat tanda arasnya daripada kepanjangan umurnya yang digunakan untuk faedah alam sekitarnya. Selagi ia berbuat baik kepada persekitarannya, sebanyak itu pula dia mendapat kebaikan bahkan dilipatgandakan oleh Allah. Begitu pula sebaliknya, jika kejahatan mendominasi kepanjangan hidupnya maka keburukan pula yang akan diterimanya.
Ketika Rasulullah SAW ditanya: "Siapakah manusia terbaik?" Baginda menjawab: "Orang yang panjang usianya dan baik pula amalnya." Baginda kemudian ditanya lagi: "Lalu, siapakah manusia terburuk?" Jawab Nabi: "Orang yang panjang usianya tetapi buruk amalnya." (Hadis riwayat Tirmizi)
Banyak juga kejayaan kami sekeluarga jika direnung kembali sepanjang 2009.Antaranya ana sudah disahkan perlantikan ke PPPS,isteri dah habis PJJ .Wbp anak tunggal belum tamat pengajian tapi kira oklah.Kami dua-dua berhijrah ke tempat kerja baru yg tentunya menuntut hasil kerja yang lebih mencabar dari sebelumnya.Semoga anda yg pernah terlayar2@melayari ruangan blog ana juga telah beroleh kejayaan sepanjang 2009.Mudah-mudahan.

Komen:Moga hari esok lebih baik dari hari ini.

Tiada ulasan: