Lama juga tak jalan2 makan angin bawa anak isteri ana.Kebetulan anak dah cuti menunggu keputusan menyambung pelajaran,isteri pun semakin sihat selepas masuk wad 13 hari.Kami mengambil kata sepakat untuk berkunjung ke Trengganu sekali lagi.Menginap di "Dahimah Resort" kepunyaan mat saleh (dr England) yg beragama Islam di Rantau Abangmemang seronok.Kali terakhir berkunjung ke situ pada hari peristiwa 11 September 2001! Pagi Ahad ana mengunjungi Pasar Payang..rasa tak lengkap ronda kali ini kalau tak melawati makam Habib Yasin Al_Yahya di Bukit Puteri(bermulanya salasilah Al_Yahya di Malaysia dari Hadharalmaut) .Banyak kali bila berkunjung ke sini tak berpeluang kr banyak halangan untuk mendaki bukit tersebut spt masalah masa,sedang renovate dll.
Kali ini berjaya juga !Puas rasa hati ana dapat menziarahi makam yang ada susur galur salasilah keturunan...sedekahkan Al-Fatihah...
Selasa, Mei 11, 2010
Menziarahi Makam Syed Yasin Al-Yahya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan