Jumaat, September 30, 2011

Ziarah Bapa Saudara dari Mukalla Hadhramaut Yaman























Alhamdulillah setelah genap 10 tahun ,ana bertemu kembali dgn sepupu isteri bersama bapa saudara dari Al-Mukalla,Hadharmaut Yaman.Macam tak percaya bercampur gembira al-maklum dah lama tak bersua kabar berita.Beliau pun ana lihat sudah berubah,sudah berkahwin di sana dan mempunyai dua cahayamata.Dukacitanya bapa saudara pula sudah tidak boleh melihat lagi.Berbagai cerita baru dan tak kurang cerita lama memori muncul kembali.Kami bersembang setiap pulang dari mengajarsehingga magrib,kemudian bersambung sebelah malam sehingga larut malam.Bercakap arab campur inggeris tambah memahirkan kebolehan komunikasi ana.Sesekali muncul pujian beliau terhadap bahasa "arab pasar" ana...bolehlah sikit-sikit.Sempat juga ajak beliau tanam pokok kurma& bunga raya sebagai kenangan.Banyak sangat perkara yang hendak dibualkan maklum masa seminggu terasa singkat benar.Beria-ria beliau mengajak kami sekeluarga datang ke Hadharamaut & berpesan tinggal di rumahnya & bukan menginap di hotel!Buat masa ni ana hanya menghadiahkan "thumbdrive yg ada foto2 kami di sini utk dibawa ke sana.Biarlah foto "pergi"dulu nanti insyallah kami menuruti kemudian...

Tiada ulasan: