Jumaat, Disember 27, 2013

Adik Pergi Menyahut Panggilan Illahi


Pada 23 Dis 2013 yg lalu kira-kira jam 11.30 malam salah seorang ahli keluarga(anak yg ke 5)telah pergi menyahut panggilan Illahi setelah tidur dalam keadaan tak sedar selama 3 hari.Banyak pengalaman yg tak mungkin dilupakan dari mula aku balik "agak terkejut" dgn keadaan apabila memandang wajahnya,Sehinggalah sepanjang malam beliau hanya tidur dan akhirnya jam 6.00 setelah azan subuh,umi memanggil namaku katanya "keluar darah"dari mulut.Tanpa berlengah slps solat subuh aku menyuruh isteri memanggil ambulans.Kemudian aku keluar menunggu kedatangan ambuans dari K.Krau namau terasa lambat benar kemunculannya.Akhirnya aku menerima panggilan adikku "keluar darah memancut dari mulut mcm air paip".Aku mengambil keputusan untuk menghantar sendiri dgn kreta jika sekiranya tanpa kemnculan ambulans dlm tempoh 10 min lagi.
Akhirnya kira-ira pukul 6.30 pagi ambulans datang dan aku mngarahkan hala ke rmh umiku.Tanpa berlengah peg.perubatan bertugas terus memberikan rawatan awal kpd adikku.Aku lihat semakin ramai jiran@kelurga terdekat telah memenuhi keliling rmh.Aku berkali2 melafazkan syahadah ke telinganya.Kemudian adikku di angkat ke stretcher dan first time aku menaiki ambulans menemani adikku ke Klinik K.krau.Katanya nak stabilkan dulu baru dihantar ke Hospital Besar Temerloh.
Diringkaskan cerita apb rawatan di Klinik K.Krau telah sehabis usaha masih adikku tidak sedarkan diri,aku call semua adik beradik memperihalkan keadaan yg semakin kritikal.Kemudian kami sama2 mengekori ambulans ke Hospital Temerloh ke unit ICU.Di situ kami menunggu di bilik khas "Waris Kritikal"sehinggalah adikku di bawa ke bilik x-ray.Aku mengekori bersama isteri utk menanya kabar apakha keputusan x-ray tersebut.Agak semakin kritikal apb keputusan diberitahu oleh peg bertugas bhw terdapat byk pendarahan dalaman termasuk di bahgian otak!
Berjam lamanya kami menunggu di bilik tadi akhirnya semakin ramai ahli keluarga yg dtg.Kemudian aku sbg abg dipanggil oleh Dr bertugas menerangkan keadaan adikku yg kritikal.Kami "bersedia"namun dlm hati berdoa agar dapat sembuh .Untuk pembedahan otak adikku akan dibawa ke Kuantan.tp risikonya tinggi,harapan tipis sbb ia berkait rapat dgn jantung.Jnatungya semakin lemah dan tak menentu....Akhirnya di sebelah ptg adikku dibawa menggunakan lif utk ditempatkan di wad Kenanga 12 tkt 7.Di wad itu aku dan keluarga saling silih berganti siang dan malam menjaganya walaupn sesaat pun adikku masih dalam keadaan "tidur".Akhirnya semakin ramai aku dapat "cerita"bagaimana waris2 keluarga pesakit di situ yg telah "pergi"dalam situasi spt adikku.Akhirnya pada jam 11.30 mlm anakku meberitahu keadaan tak menentu tekanan darah yg terlalu tinggi dan terlalu rendah.Kemudian pulse pulak sudah menunjukkan "line lurus".Aku memngil nurse bertugas bg memaklumkan keadaan.J.rawat menyuluh mata dan tiada lg tindakbls anak mata.Byk kali aki melafazkan ucapan dua kalimah syahadah ke telinga adikku.Pengalaman menyaksikan  "sakaratulmaut" di depan mata bersama anakku dan  pesakit berdekatan yg tak henti2 membaca surah yaasin..Tunggu pengesahn Dr.katanya ringkas.Akhirnya benarlah apb Dr.bertugas yg mengesahkan bhw adikku telah meninggal.Aku mengangguk kepala dgn tenang dan faham.Segera memaklumkan kpd semua keluarga mana yg termampu....Dari detik membawa jenazah ke rmh mayat utk dimandi dan dikafankan,disembahyangkan semuanya berjalan lancar.Jam 4.30 pagi jenazah dibawa ke Masjid Kg.Tekal.Kemudian aku dan abang menguruskan soal gali liang lahad,imam talkim dsbgnya.Akhir adikku Syed Putra disemadikan dgn aman berhampran dgn makam arwah abah.Al-Fatihah.


 

1 ulasan:

PENA KASIH berkata...

alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat.