Rabu, Jun 11, 2014

Melancong lagi tapi Malaysia Timur


 
Cuti sekolah sudah bermula.Rancangan nak ke Krabi,Thailand ditangguhkan kerana keadaan bergolak di sana.Isteri pula sudah awal-awal tempah tiket penerbangan ke Sabah.Katanya nak lihat Malaysia Timur pulak.Aku pun ikut je la.Dapat melancong dalam negara .Apatah lagi selama ini hanya  dengar cerita dari kawan-kawan yang pernah"posting"  di sana.
 
Anak pula nak  naik penerbangan ikut KLIA2 yg baru.Tapi maaf cakap bila lihat "senarai harga" parking kereta...alamak ...aku ambil keputusan letak kereta di rumah adik je di P.Dickson.Suruh dia hantar ke KLIA2 jam 12.30 mlm.Namun kali  ini sesat hampir 2 jam  sbb ikut Sepang jalan lama.
Diringkaskan cerita setelah lama meronda2 serta sarapan di Terminal akhirnya kami berlepas ke KOTA KINABALU jam 6.30 pagi.
Tiba di sana jam 9.00 pagi.kemudian sewa teksi ke Hotel Grand Borneo dgn bayaran RM50.Baru aku tau teksi di sini ikut kupon yg dibeli di kaunter airport.Jadi tiada peluang urusan tawar menawar dgn pemandu teksi.
Banyak sangat kalau nak diselitkan cerita perjalanan dan tempat-tempat lawatan kami selama seminggu di sana.Pengalaman kami 3 beranak hanya aku abdikan dalam foto2 di bawah utk keseronokan pengalaman aku .Antaranya tempat yg kami kunjung ialah Kundasang,kaki Gn.Kinabalu,Pasar Fhilipine,Hypermarket Borneo,Pt.Tg.Aru,Pulau Sapi,Pulau Manukan.
 
 





























 

Tiada ulasan: