Selasa, April 07, 2015

Panorama Indah Bukit Tinggi Sumatera Barat


 
Pada tarikh 2 hingga 6 Mac kami sekeluarga melancong ke Bukit Tinggi Sumatera Barat.Bertolak jam 12.00 t.malam dr Segamat dan tiba di KLIA2 3 pagi.Parking kereta di bangunan rm46 perday...Ramai yg sdg melepak tidur menunggu hari siang.Kami pun pusing2 cari empat "landing" tp semuanya dah berpunyaRingkasnya akhirnya kami lepak di hampir pintu masuk utama dan terlelap juga di situ tanpa segan sbb terpaksa.
Menunggunya kira2 4 jam tapi naik k.terbang hanya mengambil masa 50 minit saja.
Setibanya di Padang ,Lapangan Terbang Minangkabau seolah2 melambai kedatangan kami.Seronoknya sebab dalam suasana cuaca penerbangan masa kini yg pelbagai cerita duka...kami selamat menjejakkan kaki di sini.
Bersambung di lain bicara.

Jam Gadang.
Hasil pemerhatian kami .Penduduk Bukit Tinggi Sumatera Barat.
1.Penduduknya ramah,sedia membantu pelancong jika diperlukan.
2.Banyak Hotel berdekatan antara satu sama lain yang mudah dicari.
3.Banyak hasil tani yang murah kerana mereka menghasilkan sendiri tanaman.
4.Bertutur dlm bahasa minang yang cepat dan diringkaskan.Bhs Indonesia hanya dipelajari dlm sukatan di sekolah.
5.Pakaian sulaman yg cantik hasil sulaman sendiri terutama bg kaum wanita.
6.Mungkin trend /musim hampir di mana2 ada sj penjual menjual batu akid,di gedung beli belah,tepi jalan,warung,kedai makan,pasar.adakala siap dgn mesin larik batu dan sample batu.
7.Makanan nasi padang terkenal dgn rasa yg enak.
8.Petani masih mengusahakan tanaman padi istemewanya padi bukit di kaki2 gunung Merapi dan Gn.Singgalang
9.Byk istilah yg.berlainan sgt bunyi spt contoh  "air cond" jadi  (ace).
10.Gaji guru sama dgn pendapatan bibik di Negara kita.Gaji guru besar pula hanya lebih seratus dr gaji guru biasa wp lulusan universitas.
11.Banyak anjing dibela untuk menghalau gangguan babi terhadap kebun mrk.
12.Setiap rumah mempunyai kolam air sendiri utk ternakan ikan ,sumber air minum atau takungan air utk tanaman spt padi sbb ia sentiasa mengalir dr air mata air gunung.Kerana inilah mereka masih boleh tinggal di kaki gunung dan bertani kr sumber air asli tanpa bayaran.Cara memasak dapur pun masih ada cara "kuno" iaitu meniup kayu api guna buloh....Mungkin hanya perlu talian elektrik saja.
13.Parabola iaitu satelit berbentuk piring bersaiz besar  dipasang setiap rumah utk mendapatkan siaran televisyen.
14.Anehnya semasa makan wp dihidangkan di kedai makan yg suasana dipenuhi haiwan belaan tdak ada lalat mengerumuni lauk.Apatah lagi di warung-warung jalanan yang bertutup rapi.
15.Di mana-mana  nak letak kereta,ada saja pemuda yang surcaj minta duit.Kononnya tu kawasan mereka sedangkan takda kena mengena dengan bayaran yang patut dikenakan.
16.Banyak tong-tong bekas duit untuk minta sumbangan atau derma samada utk musolla,anak yatim dll persatuan.Kadang-kala ada sy tengok orang tua yang membawa tupperware tertulis minta sumbangan membina musolla....
17.Para peniaga tidak memaksa pelancong utk membeli barangan mereka.Jadi kita enjoy samada mahu @ tidak membeli .Kalau di Bandung,Vietnam dan beberapa tempat pelancong mrk seakan2 memaksa pelancong dn ini akan buat kita stress.

Antara kunjungan kami keluar negara, percutian ke Bukit Tinggi Sumatera Barat adalah pilihan  paling selesa setakat ini.Mungkin ada waktu kami seronok untuk ke sana sekali lagi.


Tiada ulasan: