Isnin, Januari 03, 2011

Antara along , abang,adik & kakak

Sejak kebelakangan ini orang kita gemar amalkan sesuatu yg pelik pada pandangan ana dan juga beberapa rakan.Antaranya isteri memanggil suami panggilan "ayah" sebaliknya suami memanggil si isteri "ibu".Kononnya supaya anaknya tau tp belakang anak2 pun mereka membahasakan dgn kawan2 dgn gelaran yg sama.Bagaimana nanti jika di depan ayah @ ibu yg betul,adakah mereka masih menggunakan istilah yg sama?Jika ya, dah ada dua insan yg dpt gelaran yg sama.
Dulu generasi ini suka menggelar anak yg sulong "along","abang" dan nama lain.Jika anak kedua dipanggil "adik".Bila dah dapat adik baru dah keliru dari segi taraf panggilan!Pernah satu keluarga angkat ana dulu anak ketiga,keempat,kelima memanggil kakaknya yg kedua sebagai"adik".
Anak perempuan pula dipanggil "kakak" sedangkan mereka ini mempunyai nama2 yg indah utk dipanggil.Rasa janggal bila bapa saudara ,emak saudara yg jauh lebih tua memanggil mereka dgn panggilan "abang","along","adik" atau "kakak".Kadang2 kita boleh lihat perkara ini berlaku di dalam cerita2 drama melayu...Kalau anak lelaki yg sudah besar dipanggil "abang" oleh si ibu kadang2 keliru jika si ibu yg.masih kelihatan muda.Begitu juga jika si bapa memanggil anak perempuannya "kakak" ingatkan kakak betul tp masih muda.Rupanya anak dia!Lebih baik ikut tabiat orang arab yg selalunya memanggil anak mereka dgn panggilan nama yg penuh wp panjang kerana itu nama yg diberi.


Komen: Belajar agama dulu ustaz kata panggillah anak-anak kamu dgn panggilan yg elok kerana ia merupakan doa.Jangan "samakan" isteri kita dgn ibu kita,itu zihar namanya,berdosa.


Tiada ulasan: