Ahad, Januari 30, 2011

Hydramaut,Yaman






















Hadramaut, Bumi Sejuta Wali
Penyusun: Ahmad Imron & Syamsul Hary
Penyunting: Abdurrahman Baraqbah
Cahaya Ilmu Publisher & Duta Mustafa Press, Surabaya
RM37.90

RasuluLlah shallALlahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Datang kepada kalian penduduk Yaman, mereka lebih ramah perasaannya dan lebih lembut hatinya, iman adalah pada penduduk Yaman, dan hikmah kemuliaan ada pada penduduk Yaman .”
(Shahih Al Bukhari)
Yaman sebuah negara di Jazirah Arab, terletak di Asia Barat Daya, tepatnya di bagian Timur Tengah. Negeri Yaman tak asing lagi di telinga kaum muslimin Indonesia. Terutama kota Hadramaut dan Tarimnya. Selain terkenal kentalnya dengan budaya keIslamannya, negeri tersebut memiliki banyak madrasah yang menjadi tempat tujuan bagi para pelajar dari luar negeri. Saat ini negeri muslimin terbesar di dunia adalah Indonesia, dan membawa Islam ke Indonesia adalah kebanyakan dari negeri Yaman yang terkenal dengan Negeri Seribu Walinya.
Akhir-akhir ini, silaturrahim antara Indonesia dan Yaman terutama Hadramaut kian hangat dan mesra. Tingginya intesitas kedatangan ulama-ulama Hadarim -seperti Habib Umar bin Hafidz, Habib Salim as-Syathiri, Habib Zain bin Sumaith serta yang lainnya-seolah kian mendekatkan kedua negeri itu. Bahkan Habib Umar bin Hafidz dijadualkan datang ke Indonesia setiap tahun. Beberapa ulama tanah air juga kerap mengikuti ziarah Nabi Hud AS. dan ziarah Tarim di bulan Sya’ban. Gejala ini sungguh positif, Hadramaut dan Indonesia adalah dua saudara sekandung yang tak boleh terpisahkan. Beberapa tahun belakangan ini, negeri Hadramaut menjadi buah bibir di tengah masyarakat muslim sama ada Malaysia atau di Indonesia.
Ramai bertanya-tanya, negeri macam apakah Hadramaut itu? Bagaimanakah kehidupan orang-orang di negeri yang disebut-sebut sebagai tempat persamayaman para wali itu? Mengapa Rasul SAW sampai memuji penduduk Yaman?
Dikirim dalam Tarim Hadramaut Label: adab, Ahli Sufi, Ahlulbait, alawiyin, asyraaf, aulia allah, Balalawi, bumi wali, Habib Ali Al Jufri, Habib Umar Ben Hadfiz, hadramaut, Hizib, Imam al haddad, Kitab Habaib, Madras An Nur, majlis haul, Majlis Maulid, manaqib, Mawlid, Pengajian Baalawi, ratib al attas, ratib al haddad, Saadah Baalawi, tarim, Tasawuf, Ulama habaib, wali qutub, yaman

Serba sedikit mengenai Salasilah Al_Hinduan
Syed Abdullah Al-Hendwan adalah Tok pada nenda ana.Moyang pada arwah Abah sebelah umi.
Beliau dilahirkan di Raugah di Hadhramaut,Yaman sekitar 1200 Hijrah.
Beliau berpindah ke Pahang melalui di Singapura dengan menaiki kapal laut.Beliau sampai ke Kampung Marhum,Pekan Pahang dan tinggal di situ bersama-sama rakan .Zaman pemerintahan Al-marhum Sultan Mahmud dan al-marhum Sultan Ahmad 1.Di perkampungan ini beliau berdakwah dan menjadi ketua agama masyarakat ,ketua agama dalam istana .Orang Melayu yang beragama Islam menyanjungi orang yang boleh bertutur bahasa arab lebih2 lagi majoriti mereka memang beragama Islam.
Kemudian melalui saudara berketurunan arab yang terlebih dahulu tiba ke Malaysia Habib Abdullah sampai ke Kampung Tekal,Temerloh ,Pahang. Al-kisah di sana beliau berkahwin lagi di sana dan daripada salasilah beliaulah keluarga Al-Hinduan berkembang di Malaysia.Dari sumber-sumber apabila beliau meninggal dunia dimakam di Kg.Telok. mengikut jejak makam-makam habib yang terdahulu di Kg.Tekal,Pahang.Sehingga hari ini setiap tahun diadakan Hari Hol dengan majlis tahlil bagi memperingati jasa dan sumbangan beliau.Anaknya yg.ana sempat temubual semasa hayat Tok Yang Nindong.Cucuanda nya yang ana sempat bertemu ialah Sharifah Khatijah Syed Mohd(Tok Chik),Syed Omar Al_Hinduan(Tok Omar_Kuantan) ,Sharifah Aloyah……(Tok Zoyah),Syed Hussein,Syed Alwi…(Tok Tik).Hanya Tok Zoyah yang berusia kini 94 tahun masih hidup .

Tiada ulasan: