Selasa, Mei 24, 2011

Habib Ali Al-Idrus B.PAHAT










“..Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan berdukacita. Iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa. Bagi merekalah kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada perubahan bagi janji Allah itulah kebahagiaan yang besar.” (Surah Yunus: Ayat 62-64)
Innalillahhiwainnailaihiroji’un
GENAP setahun pemergian seorang auliyaUllah,Al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Idrus Batu Pahat ke rahmatullah . Allahu Allah ... & Al-marhum Al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin 'Abdurrahman as-Saqqaf. (keduanya pada usia lebih kurang 97 tahun), di Batu Pahat. Allahu Allah ......masih merupakan kesedihan buat warga BaAlawi.
Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sinar (di antara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]
Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.
Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah dan surah Yaasin kepada beliau.

Tiada ulasan: