1. Anggap
pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan
sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan
dikasihi. Semua orang suka
dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas
berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan
oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Ke mana
pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan
selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri
bukan pembantu rumah
Banyak suami
menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus
peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa
isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa
wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah
suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah
ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama
ini.
3. Isteri
adalah manusia
Mereka ialah kaum
wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia
dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan
gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka
mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang
mereka hadapi.
4. Ingat
tarikh penting
Manusia memang suka
dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi
daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi
isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah
tidak perlu terlalu mahal.
Cukup sekadar seutas
jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad
sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih
terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt
‘terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini’
Suami perlu turun
padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,
membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak
mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng
ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang
sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan
tersenyum.
6. Bawa
isteri berehat
Kebanyakan suami
menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana
isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda
cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat
di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun
seumpamanya. . Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan
menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
7. Ciuman
khas untuk isterimu
Cuba anda
tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika
dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau
kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada
dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
Jangan lokek memberi
pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting
untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi
kemudahan suami dan anak(jika ada). Kemudian tidur pula paling lewat kerana
sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
Suami isteri perlu
sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme
mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’ . Kemudian,
berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan
pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak
mengetahui ‘gosip’ pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ
isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak
langsung.
Bukan semua hajat
isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh
ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali
sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri
untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah
apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda
adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
Copy paste dr Blog OPEN MINDA.Tqvm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan