Khamis, Mei 04, 2017

Selepas 44 tahun baru berpeluang jejak Fraser Hill

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser . Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau. Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta.  Kini  jalan naik dan turun berasingan. Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.

The Little England Of Malaysia

fraser2
 
 
 
Bukit Fraser ni kecik sahaja, ia merupakan tempat peranginan bercirikan English, dan ada yang menggelar tempat ini sebagai “The Little England”. Ini kerana banggunan lama dan bunglow lama adalah bercirikan English. Dahulunya kawasan perlombongan Bijih Timah, selepas itu bertukar menjadi tempat peranginan berhawa sederhana. Ada bunglow yang dibina oleh zaman pemerintahan British sempena tempat Rehablitasi Askar British. Kawasan Bukit Fraser ini melibatkan pekan kecil yang sejuk suhunya. Kecil sahaja kawasanya jalan kaki dan berbasikal pun boleh. Selain kawasan peranginan terdapat juga beberapa trail untuk aktiviti treking (kalau pendaki biasanya trekking Puncak Pine Tree), ada mini padang golf (Rasanya dua lubang sahaja), memanah dan menaiki kuda.
 
 
Frasers Hill
Terdapat beberapa resort dan hotel di kawasan ini dan selain itu ada juga bunglow untuk disewa. Tiada apa yang menarik di Bukit Faser ini melainkan tempat untuk kita relaks dan tenangkan fikiran.Cuma saya dan keluarga berada di sini hanya separuh hari sahaja.Wbp rasa seronok tetap terpahat di hati kerana sejak tahun1974 nak ke sini telah tercapai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: