Selasa, Oktober 20, 2009

Saudara Kahwin




Kelmarin saudara ana Pelakon Nur Kasih, Sharifah Sofea AlHaddad selamat bergelar isteri kepada Syed Ismail Syed Ibrahim Al Ali dalam satu majlis ringkas Ahad lalu.

Sharifah Sofea, 24 selamat diijabkabulkan dengan seorang ahli perniagaan, Syed Ismail Syed Ibrahim Al Ali, 31, di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu majlis yang begitu ringkas dan sederhana dengan dihadiri keluarga kedua-dua belah mempelai.
Sebaik lafaz akad suaminya yang disempurnakan wali iaitu walidnya sendiri, Syed Hussein AlHaddad , manik air mata mula membasahi pipi mulus Sofea yang begitu gembira kerana kata beliau hari bersejarah dirinya itu juga menandakan dia kini milik mutlak seorang lelaki satu keturunan dgnnya.Kami sekeluarga pernah bergambar dgnnya semasa perkahwinan Sharifah Shahirah pengacara TV yg ramai orang dah kenal tu.

Sementara itu, Syed Ismail yang ditemui turut kelihatan ceria dan seperti masih terpinga-pinga seolah-olah tidak percaya apa yang sudah berlaku sebaik melafazkan akad dan sah bergelar suami kepada pelakon berbakat tanah air itu.

Dengar kata pasangan ini akan berada di Maldives, Switzerland @ Colorado untuk meraikan perkahwinan mereka dalam masa terdekat ini.

INFO:
• RM20,000 wang hantaran daripada Syed Ismail berserta RM100 mas kahwin.
• Tujuh dulang hantaran yang diterima Sofea terdiri daripada beg berjenama Coach, set mutiara, sejadah, sepasang sepersalinan, Al-Quran, coklat dan sirih junjung.
• Sembilan dulang hantaran yang diterima oleh Syed Ismail terdiri daripada telefon Blackberry, komputer riba, Al-Quran, baju, tali pinggang dan beg duit berjenama Boss, coklat, cincin, jam tangan berjenama Marc Ecko dan sirih junjung.

Komen: Jika dibilang ramai pulak saudara-mara ana dalam industri hiburan & juga penceramah agama.

Tiada ulasan: